Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.nan] | کانن

Definisi : 1. bahagian (pihak) yg berlawanan dgn kiri, bahagian (pihak) yg di sebelah timur kalau kita berdiri menghala ke utara; tangan ~ a) tangan yg di sebelah kanan (biasanya digunakan utk makan); b) pembantu yg utama (penting), orang harapan; langkah ~ a) nasib baik (beruntung); b) saat yg baik (beruntung); 2. penting (utama), tinggi kedudukannya (pangkatnya dll): pegawai ~ kerajaan; 3. yg mengikut atau berdasarkan aliran politik yg sederhana (konservatif, tidak revolusioner): pemerintahan masih dikuasai oleh parti yg berhaluan ~; puak ~ tetap menguasai pemerintahan negeri itu; menganan (berpusing, berbelok, dll) ke arah kanan; menganankan membawa (memusingkan dll) ke arah kanan, mengarahkan ke kanan; terkanan 1. berada di tempat yg paling kanan; 2. terkemuka (terutama, tertinggi, dll): dua orang pegawai ~ Kementerian Luar telah dikirim ke PBB; kekananan kedudukan yg lebih tinggi berbanding dgn kedudukan orang atau jawatan lain (dlm struktur pentadbiran dsb): salah satu pertimbangan bagi pelantikan tersebut ialah ~ pegawai-pegawai yg memohon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.nan] | کانن

Definisi : 1 bahagian yg di sebelah timur apabila kita menghadap ke utara; bahagian yg berlawanan dgn kiri: Dia duduk di ~ saya. 2 tinggi pangkatnya dll: Dia pegawai ~ di pejabat itu. menganankan membawa ke arah kanan; memutarkan ke arah kanan. kekananan kedudukan atau taraf yg lebih tinggi: Kenaikan pangkat bukan saja didasarkan pd ~ seseorang, tetapi juga pd kecekapan dan pencapaiannya dlm menjalankan tugas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kanan (kata nama)
1. Berantonim dengan kiri

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan tinggi, utama, penting,

3. Dalam konteks politik
bersinonim dengan konservatif, sederhana,

Kata Terbitan : terkanan, kekananan,

Puisi
 

Pandang-pandang kanan dan kiri,
     Melintas jalan berkira-kira;
Kurang ringgit boleh dicari,
     Kurang akal habis bicara.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Melangkah kaki kanan.

Bermaksud :

Sampai ke rumah orang ketika tuan rumahnya sedang makan atau baru hendak makan, sehingga kita diajaknya makan bersama-sama.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Cubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga.Jika seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri maka ia pun akan merasa susah juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Melangkah kaki kanan.Sampai ke rumah orang ketika tuan rumahnya sedang makan atau baru hendak makan, sehingga kita diajaknya makan bersama-sama.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tangan kanan jangan percaya tangan kiri; luka tangan kanan oleh tangan kiri.Jangan terlalu percaya kepada sahabat, kerap kali sahabat pula yang mencelakakan kita.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri.Nasihat atau pelajaran yang tidak dimasukkan ke dalam ingatan. (Bandingkan dengan: Longgar sendat, lapang bertukul).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Umpama pisau di tangan kanan, timun di tangan kiri.Orang lemah dalam kekuasaan orang yang berkuasa, tidak berdaya untuk melawan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bulan naik matahari naik.Mendapat untung dan bahagia di kiri kanan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ikut hakim memiat daging: sakit di awak sakitlah orang.Sesuatu perintah hendaklah dilakukan dengan adil. memiat (piat) = memiuh ke kiri ke kanan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Longgar sendat, lapang bertukul.Berpura-pura menerima kebenaran, padahal sedikit pun tidak dimasukkan ke dalam ingatannya. (Bandingkan dengan: Masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di reban sendiri melegas, di reban orang meromok.Berani di rumah sendiri, tetapi takut di tempat orang. melegas (ligas) = berlari dengan mengangkat kaki kanan (seperti kuda); meromok = duduk meringkuk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bangkai gajah busuk di hutan hendak ditanam, pekung di kaki sendiri dibiarkan meroyak.Keburukan orang hendak ditutup, keburukan sendiri dibiarkan terdedah. pekung = tokak; meroyak = merambat ke kiri ke kanan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas