Memperlapang kandang musang, mempersempitkan kandang ayam. | Sengaja memberi kesempatan kepada orang yang bermaksud jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerbau kandang, emas berpura. | Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. (Peribahasa lain yang sama makna: Emas berpeti, kerbau berkandang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kena luluk kandang kering. | Mendapat kesusahan tidak pada tempatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pulang ke kandang. | Pulang ke asal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk ke dalam kandang kambing mengembik, masuk ke dalam kandang kerbau menguak. | Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Masuk di dalam kawan gajah berdering). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lengkuas di tepi kandang, tekak (= tegak) puas badan menyandang. | Tiap-tiap yang salah haruslah menerima hukuman yang setimpal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai sambau di pintu kandang. | Keadaan yang tidak tetap (sakit atau hidup melarat). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai sambau di tengah jalan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |