Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kapak
Rujuk :senjata

Puisi
 

Ambil kapak belah ke kundur,
     Baik terbelah si ibu kaki;
Walau setapak saya tak undur,
     Itu adat anak laki-laki.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Kapak tak boleh membelah kayu,
     kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya.

Bermaksud :

Penganiayaan itu berlaku kerana ada orang yang menjadi biang keladinya.

 

Lihat selanjutnya...(10)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kapak menelan beliung.Yang baik ditukar dengan yang buruk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kapak tak boleh membelah kayu, kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya.Penganiayaan itu berlaku kerana ada orang yang menjadi biang keladinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Habis kapak berganti beliung.Sangat rajin bekerja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kapak menyelam beliung.Orang malas disuruh mengajak orang yang malas pula bekerja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di mana kapak jatuh, di situ baji makan.Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan. (Peribahasa lain yang sama makna: Di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan menyuruh kapak menyelam beliung.Jangan memberi kepercayaan kepada orang yang tidak setia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengasah belakang kapak, bilakah tajamnya?Mengajar orang malas, bilakah akan pandai?Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kapak naik cerana.Tidak pada tempatnya; kurang cukup alat (= kepandaian) untuk mengerjakan sesuatu. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kapak naik pemidangan [= peminangan]). cerana = tempat sirih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kapak naik pemidangan (= peminangan).Tidak pada tempatnya; kurang cukup alat (= kepandaian) untuk mengerjakan sesuatu. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kapak naik cerana). pemidangan (peminangan) = tempat sirih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di mana tembilang terentak, di situ cendawan tumbuh.Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh, b. Di mana kapak jatuh, di situ baji makan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas