Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kapal;

Puisi
 

Kapal dagang kapal Bugis,
     Kapal hendak ke negeri China;
Dulu tak cukup sekarang tak habis,
     Adik ini nak buang ke mana?


Lihat selanjutnya...(94)
Peribahasa

Kapal besar ditunda jongkong.

Bermaksud :

Orang yang berkuasa menurut perintah orang bawahan.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kapal satu nakhoda dua.Suatu pekerjaan yang dikepalai dua orang, alamatlah akan rosak pekerjaan itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kapal besar ditunda jongkong.Orang yang berkuasa menurut perintah orang bawahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Besar kapal besar gelombang.Makin tinggi pangkat atau makin besar perniagaannya, makin banyak pula tanggungjawabnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai kapal patah kemudi.Hilang pedoman.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kapal dibusur.Putih sekali.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kapal tiga tiang.Gaya perjalanan seorang perempuan yang amat menarik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sepuluh jung (= kapal) masuk pelabuhan, anjing bercawat ekor juga.Tidak mengendahkan perubahan dan kemajuan. (Bandingkan dengan: Anjing bercawat ekor).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan kamu sangka: kapal api besi itu pun masuk guri juga.Jangan disangka sesuatu yang kuat dan teguh akan kekal terus tidak binasa. guri = sebangsa buyung.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat teluk timbunan kapal (= kapar).Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Adat lurah timbunan sarap). kapar = kayuan yang hanyut di sungai dan sebagainya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anjing bercawat ekor.Pergi atau menghindar kerana malu dan sebagainya. (Bandingkan dengan: Sepuluh jung [= kapal] masuk pelabuhan, anjing bercawat ekor juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas