| Putih kapas boleh dilihat, putih hati berkeadaan. | Kejujuran seseorang hanya dapat dilihat pada tingkah laku atau perangainya saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti kapas dimakan api. | Kebinasaan yang sangat cepat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Putih seperti kapas dibusar. | Putih bersih; amat putih. busar = busur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kapuk segaul dengan kapas, bezanya takkan lepas. | Orang mulia dengan orang hina walaupun serupa keadaannya namun bezanya ketara juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Untung bagai untung kapas. | Orang yang banyak penanggungannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sembelih ayam dengan pisau, sembelih orang dengan kapas. | Manusia harus diperlakukan dengan lemah lembut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |