Karam Kampar oleh Kuantan. | Mendapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaannya atau orang yang dikasihinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Rosak anak oleh menantu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Karam berdua basah seorang. | Dua orang berbuat salah, seorang saja yang kena hukum. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Karam tidak berair. | Mendapat bencana dengan tidak bersebab. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Orang karam di laut, aku karam di darat. | Mendapat kesusahan tidak pada tempatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lah karam maka bertimba. | Setelah mendapat celaka baru ingat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bunyi Cina karam. | Ramai (= riuh) sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai bunyi perempuan di air). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai perahu karam sebelah. | Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai limau masam sebelah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiada biduk karam sebelah. | Apabila seseorang mendapat kecelakaan, tentu kaum keluarganya akan ikut menolong. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Karam di laut boleh ditimba, karam di hati bilakan sudah. | Kesedihan kerana kematian kekasih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Karam di darat ada juga tinggal tungku lekar, karam di laut habis sekali. | Kalau susah dalam negeri sendiri, dapat juga diminta bantuan pada sanak saudara, tetapi kalau susah di rantau orang hilanglah akal bicara. lekar = penyangga (lapik) kuali diperbuat daripada rotan atau lidi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |