Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.sau] | کاساو

Definisi : kayu yg melintang pd atap (bumbung) rumah dll (utk memasang atap); ~ betina kasau yg kecil; ~ jantan kasau dasar yg lebih besar (tempat kasau betina dipasang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.sau] | کاساو

Definisi : kayu yg dipasang melintang pd bumbung rumah dll (sbg rangka utk memasang atap): ~ betina kasau yg kecil; ~ jantan kasau dasar yg besar (tempat kasau betina dipasang). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kasau

Peribahasa

Tiba di rusuk menjeriau.

Bermaksud :

Sudah pada tempatnya, sudah kena benar. jeriau = kayu yang dipasang melintang pada kasau.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sepantun kasau dengan bubungan.Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai aur dengan tebing).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiba di rusuk menjeriau.Sudah pada tempatnya, sudah kena benar. jeriau = kayu yang dipasang melintang pada kasau.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai aur dengan tebing.Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Bandingkan dengan: Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur). (Peribahasa lain yang sama makna: Sepantun kasau dengan bubungan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas