Umpama kasturi, kerana baunya hilang nyawanya. | Mendapat kecelakaan kerana memperlihatkan keunggulannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah mati kerana gadingnya, b. Kasturi mati kerana baunya, c. Mati kuang kerana bunyi, d. Mati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi, e. Mati rusa kerana tanduknya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kasturi mati kerana baunya. | Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah mati kerana gadingnya, b. Harimau mati kerana belangnya, c. Mati kuang kerana bunyi, d. Mati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi, e. Mati rusa kerana tanduknya). kasturi = tikus kecil yang harum baunya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai melulutkan jebat pada kerbau. | Pemberian yang tidak sesuai dengan tempatnya. melulutkan = menggosok tubuh dengan pelutut; jebat = sebangsa kasturi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah mati kerana gadingnya. | Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harimau mati kerana belangnya, b. Kasturi mati kerana baunya, c. Mati kuang kerana bunyi, d. Mati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi, e. Mati rusa kerana tanduknya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harimau mati kerana belangnya. | Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah mati dicatuk katak, b. Kasturi mati kerana baunya, c. Mati kuang kerana bunyi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mati kuang kerana bunyi. | Mendapat bencana kerana perbuatannya atau kerana sesuatu yang menjadi kemegahannya, (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah mati kerana gadingnya, b. Kasturi mati kerana baunya, c. Mati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi, d. Mati rusa kerana tanduknya). kuang = burung kuau. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |