Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,

Puisi
 

Sakit kaki kena lalang,
     Kena pula di bayang dusun;
Sakit hati kata dek orang,
     Kata pula di dalam pantun.


Lihat selanjutnya...(70)
Peribahasa

Dengarkan cerita burung,
     anak dipangku dilepaskan.

Bermaksud :

Kerana mendengarkan manis tutur kata orang, pekerjaan sendiri disia-siakan.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Semalam di bawah nyiur pinang orang, kata orang diturut.Hendaklah menurut adat istiadat di negeri yang kita tumpangi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dengarkan cerita burung, anak dipangku dilepaskan.Kerana mendengarkan manis tutur kata orang, pekerjaan sendiri disia-siakan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Empat gasal, lima genap; dikendur berdentang-dentang, ditegang berjela-jela.Tutur kata orang yang bijaksana selalu tersembunyi maksudnya. gasal = ganjil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kubur kata mari, rumah kata nanti.Orang yang sudah lanjut usianya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berkata-kata dengan lutut.Berkata-kata dengan orang yang bodoh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.Orang mengatakan tentang sesuatu perkara itu tentulah ada sebabnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kata seorang dibulati, kata bersama diperiakan.Urusan yang mengenai diri orang perseorangan bolehlah diurus dengannya sendiri, tetapi urusan yang mengenai umum hendaklah dilakukan dengan muafakat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Siapa cerdik tinggi naik, siapa calak menang berhitung.Orang yang pandai berkata-kata, meskipun bersalah, dipercayai orang jua. calak = banyak cakap; berhitung = berunding.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kata periuk belanga hitam.Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuali mengatakan belanga hitam, b. Periuk mengumpat belanga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ayam yang tangkas di gelanggang.Orang yang pandai berkata-kata di dalam majlis.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas