Bulat waris mengadakan buapak, bulat buapak mengadakan lembaga. | Kata sepakat waktu mengangkat datuk lembaga. buapak = kependekan daripada ibu dan bapa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal. | Kalau dalam perundingan tidak mencapai kata sepakat, hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya dari semula. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ibarat beban sudah ke tepi. | Suatu pekerjaan yang sudah hampir selesai, atau rundingan yang hampir mencapai kata sepakat. (Bandingkan dengan: Mayat sudah di tepi kubur). ke tepi = maksudnya: sudah di pintu, akan dibawa turun. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |