Katak menggigit telunjuk, melihatkan ular sudah menjadi belut. | Orang jahat yang sudah berubah jadi baik, namun orang masih curiga juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Katak hendak jadi lembu. | Hendak meniru-niru kelakuan (perbuatan) orang besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Katak ditimpa kemarau. | Berkeluh kesah dengan tidak keruan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Katak di bawah tempurung. | Sangat picik pengetahuannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana katak di harung ular. | Lari bercempera dengan suara riuh rendah kerana ketakutan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti katak, sedikit hujan banyak bermain. | Orang yang malas, uzur sedikit dikatakan banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti katak di bawah tempurung. | Amat picik pengetahuannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takkan ada katak beranakkan ular. | Orang yang pengecut takkan menjadi orang yang berani. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alim bagai katak di tepi air. | Orangnya alim (banyak ilmu) tetapi dia sendiri tidak mendapat faedah daripada ilmunya itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah ditelan ular lidi. | Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah dialahkan oleh pelanduk, b. Gajah mati dicatuk katak, c. Mati dicatuk katak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |