Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kaum (kata nama)
1. Bersinonim dengan suku: kabilah, taefah, bangsa orang, puak, suku,

2. Bersinonim dengan ahli: keluarga, sanak-saudara, saudara-mara, kerabat, gerombongan, kelompok, pasukan, rombongan, komuniti mujtamak,

Kata Terbitan : berkaum, perkauman,

Puisi
 

Hari ini hari Ahad,
     Besok hari Isnin;
Mudah-mudahan nabi mengaku umat,
     Barulah masuk kaum muslimin.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Tebas buluh serumpun.

Bermaksud :

Merosakkan kaum kerabat kerana perbuatan yang tidak baik.

 

Lihat selanjutnya...(43)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Menghadapkan bedil pulang.Mencelakakan kaum keluarga sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggunting dalam lipatan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tebas buluh serumpun.Merosakkan kaum kerabat kerana perbuatan yang tidak baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Degar-degar merapati.Perselisihan antara kaum keluarga atau suami isteri yang makin merapatkan perhubungan. degar-degar = bunyi kayu dipukul.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ibarat perahu takkan karam sebelah.Kaum keluarga ikut bersimpati atas kecelakaan yang menimpa kerabatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mencukur kepala.Perbuatan yang memalukan kaum keluarga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memperhujankan (= menghujani) garam sendiri.Menghina kaum keluarganya sendiri. (Bandingkan dengan: a. Maukah [mahukah] orang menghujankan garamnya?, b. Membasahkan garam sendiri).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mana sungai yang tiada berhulu?Mana kaum atau puak yang tidak ada asal keturunannya?Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menebas buluh serumpun (= seperdu).Merosakkan nama kaum kerabat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mencabik baju di dada.Menceritakan aib kaum keluarga sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tertukik jejak mendaki, tersendorong jejak menurun.Kaum kerabat yang telah jauh tidaklah berapa kuat pada tuntutan hak waris. tertukik = tertakik; tersendorong = tergelincir ke muka.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345

Kembali ke atas