Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tali yg dibuat drpd logam (spt temĀ­baga dll), dawai: karan elektrik mengalir melalui ~ tembaga; 2. = berita ~ = khabar ~ = surat ~ telegram: besoknya Pak Wir telah mengirim ~ kpd menantunya; mengetuk ~ = memukul ~ = menokok ~ Id mengirim berita dll dgn telegram; ~ (ber)duri kawat (dawai) yg berduri atau berkait-kait tajam (digunakan utk membuat pagar dll); ~ jaring = ~ kasa kawat yg dianyam halus-halus; ~ mata punai kawat yg dianyam dgn mata atau lubang-lubang yg besar (digunakan utk membuat reban atau kurungan ayam dll); ~ penahan kawat yg mengurangkan aliran karan elektrik; sungguh ~ yg dibentuk, ikan ditebat yg diadang prb tipu muslihat yg tersembunyi utk mencari keuntungan diri sendiri; mengawatkan mengirim berita dll dgn teleĀ­gram: pd hari itu juga, dikawatkan hal yg mencemaskan itu ke India. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kawat
1. Bersinonim dengan dawai
( wayar, benang besi, benang tembaga, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan berita
( khabar, telegram, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan berbaris
( berjalan serentak)
(kata kerja:)

Kata Terbitan : mengawatkan,

Peribahasa

Berhati baja,
     berurat kawat.

Bermaksud :

Tabah dan keras hati.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang.Tipu muslihat yang tersembunyi untuk mencari keuntungan diri sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berhati baja, berurat kawat.Tabah dan keras hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas