Untut bertambah kulitnya. | Orang kaya bertambah kaya (kerana keuntungan baru). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang ombak itu ombak juga, yang air itu air juga. | Orang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti pipit menelan jagung. | Hendak meniru orang besar-besar atau orang kaya-kaya, akhirnya susah sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiang pandak hendak menyamai tiang panjang. | Hendak meniru-niru orang besar-besar atau orang kaya-kaya, akhirnya diri sendiri yang binasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Permaisuri raja berurap-urapan, lipas di dinding timpa perasaan. | Orang miskin yang ingin menyamai perbuatan orang kaya-kaya. berurap-urapan = berlumas dengan bau-bauan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau ibu kaya anak jadi puteri, kalau anak kaya ibu jadi budak. | Perbezaan antara kesayangan ibu dengan kesayangan anak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Busut juga ditimbun oleh anai-anai. | Orang kaya juga yang bertambah kaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bukit jadi paya, paya jadi bukit. | Orang kaya menjadi miskin dan orang miskin menjadi kaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sukar kaji pada orang alim, sukar wang pada orang kaya. | Orang pandai-pandai memutuskan sesuatu perkara sesudah mempertimbangkannya dalam-dalam; orang kaya mengeluarkan wang kalau ternyata ada untungnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lubuk (men)jadi pantai, pantai (men)jadi lubuk. | Nasib manusia tiada tetap, ada masanya orang kaya menjadi miskin dan orang miskin menjadi kaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |