Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (orang yg) mulia hatinya, dermawan, pemurah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : suka menolong orang miskin dll; mulia hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Pagi-pagi mengutip lokan,
     Lokan dikutip di tepi laut;
Cantik bukan kaya pun bukan,
     Mengapa pula hati terpaut?


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Nak kaya berdikit-dikit,
     nak ramai bertabur urai.

Bermaksud :

Jimat dan cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Negeri besar, rumah besar, berapa pun panjang perian takkan terantuk.Orang kaya yang murah hati, biarpun banyak orang yang meminta pertolongan tiadalah ia akan jadi miskin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai.Jimat dan cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah (= mulia) bertabur urai, hendak berani berlawan ramai.Hemat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas