Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kayu-kayu

Puisi
 

Kayu jelutung kayu di rimba,
     Mati bertimpa kayu kelat;
Sudah untung kita berdua,
     Umpama ikan dalam belat.


Lihat selanjutnya...(147)
Peribahasa

Kayu mati berpunggur,
     manusia mati biar bernama.

Bermaksud :

Hidup manusia hendaklah meninggalkan jasa yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(79)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bagai kayu lempung, ditebuk kumbang tembus-menembus.Orang yang lemah, mudah dianiaya oleh orang yang berkuasa. kayu lempung = kayu ringan dan lunak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kayu mati berpunggur, manusia mati biar bernama.Hidup manusia hendaklah meninggalkan jasa yang baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kayu yang besar jugalah yang bersakat.Orang yang kaya juga yang bertambah kekayaannya. sakat = bendalu, pasilan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kayu yang banyak akarnya, tak takutkan ribut.Orang yang banyak kawan tidak takut akan susah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kayu dikatakan batu, langit hendak dicapai dengan tangan.Orang yang tidak sempurna akal fikirannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kayu buruk tiada bercendawan, lumut tumbuh.Orang yang sudah tua sangat mudah dihinggapi penyakit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kayu bongkok kura-kura pun boleh memanjat.Orang yang sudah bersalah itu ada-ada saja orang yang menambah-nambahkan kesalahannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kayu besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan, uratnya tempat bersila, batangnya tempat bersandar.Pemimpin yang menjadi tempat rakyat mengadukan nasibnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kayu bengkok, masakan lurus bayangannya!Orang yang bercakap bohong tentu tidak dapat dipercayai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kapak tak boleh membelah kayu, kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya.Penganiayaan itu berlaku kerana ada orang yang menjadi biang keladinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678

Kembali ke atas