Santan masuk ke pasu, ampasnya tumpah ke tanah. | Sesudah tak berguna lalu dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: Santan ke pasu, ampas pun ke tanah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belut pulang ke lumpur. | Kembali ke asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Misai pulang ke bibir). Bandingkan dengan: Belut jatuh ke lumpur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertandang ke surau. | Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai ayam naik ke surau, b. Bagai bertandang ke rumah janda). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ke gunung emas pasir baiduri, ke padang zamrud habis diedari; terbang bangau sepanjang hari, ke tasik juga akhirnya dicari. | Bagaimana sekalipun jauh dagang merantau, ke negeri yang besar-besar, melihat tempat yang indah-indah, kesudahannya pulang juga ia ke tanahairnya sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tohok tunggang ke baruh (= ke bawah). | Orang yang berkuasa mudah mencelakakan orang yang di bawah perintahnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tersesak (= terdesak) padang ke rimba (= ke tebing). | Habis akal bicara sehingga tidak ada daya upaya lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai. | Serba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Berselimut kain cukin; ditutup kepala kaki terbuka, ditutup kaki kepala terdedah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri. | Nasihat atau pelajaran yang tidak dimasukkan ke dalam ingatan. (Bandingkan dengan: Longgar sendat, lapang bertukul). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Misai pulang ke bibir. | Kembali ke asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Belut pulang ke lumpur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau. | Sesuatu usaha hendaklah dikerjakan sampai selesai. (Biasa juga: Bertenun sampai ke bunjainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |