Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.a.tas] | کأتس

Definisi : ke bahagian atas; ke sebelah atas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ke atas

Puisi
 

Dibawa angin ke barat daya,
     Jatuh ia ke atas titi;
Kalau tuan ceritakan saya,
     Boleh saya pergi nanti.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Berselimut kain cukin;
     ditutup kepala kaki terbuka,
ditutup kaki kepala terdedah.

Bermaksud :

Serba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai). cukin = kain basahan atau kain kecil penutup dada waktu makan.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai.Serba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Berselimut kain cukin; ditutup kepala kaki terbuka, ditutup kaki kepala terdedah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berselimut kain cukin; ditutup kepala kaki terbuka, ditutup kaki kepala terdedah.Serba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai). cukin = kain basahan atau kain kecil penutup dada waktu makan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menjemur bangkai ke atas bukit.Memperlihatkan aib dan cela diri dan kaum keluarga sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek (= dilarik) kumbang.Sumpah orang yang bersalah: biarlah dia serta kaumnya binasa semuanya. gerek = berlubang-lubang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah.Adat itu sebutan yang besar, tetapi boleh diperlonggarkan, sedangkan hukum Tuhan tidak boleh diubah-ubah dan orang mesti mematuhinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kepala ke bawah, kaki ke atas.Bekerja tak berhenti-henti siang dan malam, selalu sibuk. (Peribahasa lain yang sama makna: Kaki naik, kepala turun).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dianjung seperti payung, diambak seperti kasur.Orang yang sangat dimuliakan. dianjung = diangkat ke atas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pergi berempap, pulang eban.Tidak kalah dan tidak menang. berempap = berjudi dengan melemparkan wang ke atas; eban = heban (membanting dengan kedua belah tangan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ikat boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya?Perangai yang sudah jadi tabiat sukar sekali mengubahnya. takuk = luka pada pohon, misalnya pada pohon kelapa tempat berpijak naik ke atas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kaki naik, kepala turun.Bekerja tak berhenti-henti siang dan malam, selalu sibuk. (Peribahasa lain yang sama makna: Kepala ke bawah, kaki ke atas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas