Seperti gajah berpaling. | Kepayahan orang yang gemuk berpusing ke belakang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sedepa jalan ke muka, setelempap jalan ke belakang. | Berusaha dengan tekad yang bulat; segala sesuatu selalu difikirkan untung ruginya. setelempap = selebar tapak tangan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terlampau lurus, kurus; terlampau cerdik terkedik. | Hendaklah pandai membawa diri dalam pergaulan. kedik = lentuk ke belakang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berjalan selangkah menghadap surut, berkata sepatah difikirkan. | Hendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah). menghadap surut = menengok ke belakang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebagaimana tangan di lenggang, ke ketiak juga lekatnya. | Selalu kembali ke tempat asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Setinggi-tinggi melambung surutnya ke tanah juga, b. Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga. | Selalu kembali ke tempat asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sebagaimana tangan di lenggang, ke ketiak juga lekatnya, b. Setinggi-tinggi melambung surutnya ke tanah juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berkokok di luar gelanggang, bila ke tengah menyusup di bawah kelengkang. | Bercakap besar di belakang tetapi bila berhadapan mengaku kalah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |