Ke dalam sumpit tak muat, ke dalam ambung longgar. | Orang yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan. ambung = keranjang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak dimasukkan ke dalam sumpit tak maut; ke dalam keranjang longgar. | Sesuatu yang tidak sempurna menyebabkan keadaan menjadi sukar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk ke dalam kandang kambing mengembik, masuk ke dalam kandang kerbau menguak. | Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Masuk di dalam kawan gajah berdering). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Walau ikan diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga. | Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belut kena ranjau [= getah], b. Ikan yang di dalam lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat, c. Sepandai-pandai tupai melompat, sekali gawal [= terjatuh] juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ikan yang di dalam lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat. | Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belut kena ranjau [= getah], b. Sepandai-pandai tupai melompat, sekali gawal [= terjatuh] juga, c. Walau ikan diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengembalikan manikam ke dalam cembulnya. | Memikirkan kembali apa-apa yang telah terkatakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah masuk ke dalam mulut harimau. | Tiada dapat ditolong lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti tebu lepas ke dalam mulut gajah, payah akan keluar. | Seseorang yang memperoleh sesuatu yang disukainya maka sukarlah hendak dilepaskannya. (Bandingkan dengan: Tebu masuk di mulut gajah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air mata jatuh ke dalam. | Berdukacita dengan diam-diam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air tawar secawan dituangkan ke dalam laut, takkan dapat menghilangkan masinnya. | Pertolongan yang sedikit tidak dapat meringankan beban kesengsaraan yang besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |