Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ikan (kata nama)

Puisi
 

Ikan kelah mudik ke hulu,
     Ikan keli naik ke darat;
Zaman setelah zaman dahulu,
     Orang berjanji jangan diharap.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Ke laut meracik ikan,
     tersenyum siput;
ke hutan memancing punai,
     tertawa badak.

Bermaksud :

Perbuatan yang dilakukan dengan tidak menurut aturan akan jadi tertawaan orang ramai. racik = jerat.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Ikan pulang ke lubuk.Telah kembali ke tempat asalnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ke laut meracik ikan, tersenyum siput; ke hutan memancing punai, tertawa badak.Perbuatan yang dilakukan dengan tidak menurut aturan akan jadi tertawaan orang ramai. racik = jerat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nak menangguk ikan, tertangguk ke batang.Hendak laba, langsung jadi rugi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Walau ikan diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga.Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belut kena ranjau [= getah], b. Ikan yang di dalam lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat, c. Sepandai-pandai tupai melompat, sekali gawal [= terjatuh] juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak sungguh seluang melaut, akhirnya balik ke tepi juga.Tidak betah merantau, akhirnya balik semula ke kampungnya. seluang = sebangsa ikan air tawar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti pisau raut: bengkok orang dapat dibetulkan, bengkok sendiri tak dapat dibetulkan.Hendak laba, langsung jadi rugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Nak menangguk ikan, tertangguk ke batang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ikan yang di dalam lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat.Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belut kena ranjau [= getah], b. Sepandai-pandai tupai melompat, sekali gawal [= terjatuh] juga, c. Walau ikan diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belut kena ranjau (= getah).Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan yang di dalam lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat, b. Sepandai-pandai tupai melompat, sekali gawal [= terjatuh] juga, c. Walau ikan diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sepandai-pandai tupai melompat, sekali gawal (= terjatuh) juga.Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belut kena ranjau [= getah], b. Ikan yang di dalam lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat, c. Walau ikan diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga). gawal = berbuat kesalahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas