Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sa.na] | کسان

Definisi : menghala ke tempat yg jauh (lain): bawalah tong sampah ini ~; ~ ke mari pergi balik, pulang balik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sana (kata tugas)
Bersinonim dengan situ, sanan, nun, jauh, sayup, saujana, senun;,
Kata Terbitan : di sana, ke sana, kesanakan,

Puisi
 

Ikan tenggiri makan menyambar,
     Cuka-cuka dalam peti;
Bila berpucuk daunnya lebar,
     Akar menjalar ke sana ke mari.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Bagai anjing tersepit di pagar.

Bermaksud :

Mendapat kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari. (Peribahasa lain yang sama makna: Anjing terpanggang ekor).

 

Lihat selanjutnya...(4)

286

Kill two birds with one stone

Mencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu kerja atau tindakan.

Berkayuh sambil ke hilir

We are really kill two birds with one stone at the stadium. We were not only able to watch our favourite game but also earning some profit by selling souvenirs there.

Kami betul-betul berkayuh sambil ke hilir di stadium itu. Kami bukan sahaja menonton sukan kegemaran kami tetapi juga meraih untung dengan menjual cenderamata di sana.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Anjing terpanggang ekor.Mendapat kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anjing tersepit di pagar).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai anjing tersepit di pagar.Mendapat kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari. (Peribahasa lain yang sama makna: Anjing terpanggang ekor).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pecah bunyi (= tepi), buruk berita.Kejadian yang tak baik, kemudian menjadi besar kerana diceritakan orang ke sana ke mari. pecah tepi = pecah sedikit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ke mana kelok lilin, ke sana kelok loyang.Selalu menurutkan kehendak orang yang berkuasa, tidak dapat mengambil keputusan sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas