Ibarat beban sudah ke tepi. | Suatu pekerjaan yang sudah hampir selesai, atau rundingan yang hampir mencapai kata sepakat. (Bandingkan dengan: Mayat sudah di tepi kubur). ke tepi = maksudnya: sudah di pintu, akan dibawa turun. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga. | Jangan ikut campur dalam perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali, kita akan tersisih ke tepi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana apung di tengah laut; dipukul ombak jatuh ke tepi. | Hidup melarat di negeri asing. (Peribahasa lain yang sama makna: Laksana apung dipermainkan gelombang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh. | Orang yang dapat menyesuaikan dirinya dalam pergaulan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Apung di tengah lautan; dipukul ombak, sekejap ke tengah sekejap ke tepi. | Orang dagang yang melarat hidupnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak sungguh seluang melaut, akhirnya balik ke tepi juga. | Tidak betah merantau, akhirnya balik semula ke kampungnya. seluang = sebangsa ikan air tawar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mayat sudah di tepi kubur. | Pekerjaan yang sudah terlanjur, mahu tidak mahu harus dikerjakan sampai selesai; pekerjaan yang sangat mudah. (Bandingkan dengan: a. Bajak sudah terdorong ke bencah, b. Ibarat beban sudah ke tepi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak. | Hendaklah selalu bersopan santun (bila merantau ke negeri orang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk ke kampung orang bawa ayam betina, jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak, duduk di tapak tangga, mandi di hilir orang, berdiri di luar-luar gelanggang. | Kalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pecah bunyi (= tepi), buruk berita. | Kejadian yang tak baik, kemudian menjadi besar kerana diceritakan orang ke sana ke mari. pecah tepi = pecah sedikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |