Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Wayang kepadaman damar.Keadaan kacau yang terjadi dengan tiba-tiba.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Buta kehilangan tongkat.Menghadapi keadaan yang sukar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Diiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk.Keadaan yang serba salah, terutama dalam menghadapi orang bodoh; diajak berunding tak tentu fikirannya, tak diajak ia marah. (Bandingkan dengan: Di belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat pula).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lampu kekurangan minyak.Dalam keadaan payah. (Bandingkan dengan: Bagai pelita kehabisan minyak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lalu hangus, surut layu.Keadaan yang serba salah, diperbuat salah tak diperbuat pun salah. (Bandingkan dengan: Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mandi dalam cupak.Sesuatu keadaan yang menyebabkan serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai melompati pagar tiga hasta: akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sungguh berjanggut, tiada berjubah.Keadaan yang melebihi kenyataan yang sebenarnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bergantung di hujung kuku.Dalam keadaan yang sangat berbahaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bergantung [di] rambut sehelai).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bergantung (di) rambut sehelai.Dalam keadaan yang sangat berbahaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai sambau di pintu kandang.Keadaan yang tidak tetap (sakit atau hidup melarat). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai sambau di tengah jalan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234567

Kembali ke atas