| Bagai haruan di dalam tuar. | Tidak tetap keadaannya, kerana sakit atau susah. tuar = lukah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ada rupa, ada harga. | Harga barang menurut rupanya (= keadaannya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sama naik bak gelombang, sama turun bak kapecong. | Dua kejadian yang sama keadaannya. kapecong = buah pucung, kepayang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti burung gagak pulang ke benua. | Walaupun telah keluar negeri, tetapi tidak berubah, keadaannya sama saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Adat pasang berturun naik. | Apa jua pun benda di dunia ini tak tetap keadaannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kapuk segaul dengan kapas, bezanya takkan lepas. | Orang mulia dengan orang hina walaupun serupa keadaannya namun bezanya ketara juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tinggi kayu ara dilangkahi, rendah bilang-bilang diseluduki. | Melakukan atau mengerjakan sesuatu hendaklah menurut keadaannya yang wajar, meskipun kadang-kadang ganjil pada perasaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Merajuk pada yang kasih, marah kepada yang takut. | Berbuat sesuatu hendaklah sesuai dengan tempat dan keadaannya, supaya perbuatan itu berhasil dengan baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Merajuk kepada yang kasih. Manja kepada yang sayang, berkaul kepada yang keramat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menunduk kepala menghadap raja, bertentang muka menghadap kawan, bercekak pinggang menghadap musuh. | Melakukan sesuatu haruslah menurut tempat dan keadaannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Merajuk kepada yang kasih. Manja kepada yang sayang, berkaul kepada yang keramat. | Berbuat sesuatu hendaklah sesuai dengan tempat dan keadaannya, supaya perbuatan itu berhasil dengan baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkaul kepada [= ke tempat] keramat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |