Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bai.kan]/[ke.bai/.kan] | کباءيقن

Definisi : 1. perbuatan baik: apabila dia membuat sesuatu ~, sentiasa dipertalikannya dgn ayahnya, kerana ayah, utk ayah; 2. sifat baik: tidak sanggup saya membalas ~ budinya; 3. faedah: di kampung-kampung kerajaan membuat jalan-jalan baru utk ~ rakyat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bai.kan]/[ke.bai/.kan] | کباءيقن

Definisi : 1 perbuatan yg baik; sifat-sifat yg baik: Atas ~ dan kemurahan hatimu, aku mengucapkan terima kasih. 2 faedah; guna: Pihak pemerintah telah mengadakan berbagai-bagai kemudahan utk ~ rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebaikan

Peribahasa

Mengambil puntung pemukul kepala.

Bermaksud :

Kebaikan dibalas dengan kejahatan.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sariat palu memalu, hakikat balas membalas.Kebaikan hendaklah dibalas dengan kebaikan. sariat (syari'at) = aturan agama, di sini dimaksudkan kepada perbuatan; hakikat = kebenaran, yang sebenarnya jadi pendorong perbuatan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengambil puntung pemukul kepala.Kebaikan dibalas dengan kejahatan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Permata dibalas dengan senjata.Kebaikan dibalas dengan kejahatan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Santan dibalas dengan tuba.Kebaikan dibalas dengan kejahatan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lempar bunga dibalas lempar tahi.Kebaikan dibalas dengan kejahatan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti ulat lupakan daun.Melupakan kebaikan orang kepadanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Campak bunga dibalas dengan campak tahi.Kebaikan dibalas dengan kejahatan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari.Kebaikan hilang kerana kejahatan sedikit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kemarau setahun rosak oleh hujan sepagi.Kebaikan yang banyak hilang kerana kesalahan yang sedikit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari.Kebaikan hilang kerana kejahatan yang sedikit. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas