Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ba.nya.kan]/[ke.ba.nya/.kan] | کباڽقن

Definisi : 1. jumlahnya, banyaknya: bukan ~ tetapi nilainya yg penting; 2. sebahagian besar, yg terbanyak: kerajaan mendapat sokongan drpd ~ ahli parlimen; 3. biasa: dia bukan kuli ~, tetapi seorang yg mempunyai cita-cita tinggi; orang ~ orang biasa; 4. biasanya, amnya: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg ~nya kita istilahkan sbg cerita-cerita pelipur lara; 5. Jk sangat banyak, terlampau banyak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ba.nya.kan]/[ke.ba.nya/.kan] | کباڽقن

Definisi : 1 sebahagian yg banyak; jumlah yg terbesar: Kambing kampung ~nya dipelihara oleh orang Melayu dan orang India. 2 biasanya; umumnya: ~, asal belajar tentu pandai. 3 biasa: orang ~ orang biasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebanyakan

Peribahasa

Sungguhpun putarwali itu raja segala penawar,
     tetapi pada kebanyakan selera ia hamba segala makanan.

Bermaksud :

Sungguhpun segala pengajaran yang baik itu berguna, tetapi kebanyakan orang memandang rencah dan menyia-nyiakannya, tiada hendak menerimanya. putarwali = seruntun.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kebanyakan halilintar kurang hujan.Cakap saja yang besar, tetapi hasilnya tidak ada.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sungguhpun putarwali itu raja segala penawar, tetapi pada kebanyakan selera ia hamba segala makanan.Sungguhpun segala pengajaran yang baik itu berguna, tetapi kebanyakan orang memandang rencah dan menyia-nyiakannya, tiada hendak menerimanya. putarwali = seruntun.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cacing menelan naga.Anak orang bangsawan diperisteri oleh orang kebanyakan; orang yang berkuasa dapat dialahkan oleh orang yang lemah. (Bandingkan dengan: Seekor cacing menelan naga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Naga ditelan ular lidi.Anak orang bangsawan kahwin dengan orang kebanyakan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah mati dicatuk katak.Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah dialahkan oleh pelanduk, b. Gajah ditelan ular lidi, c. Mati dicatuk katak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah ditelan ular lidi.Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah dialahkan oleh pelanduk, b. Gajah mati dicatuk katak, c. Mati dicatuk katak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah dialahkan oleh pelanduk.Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas