Tamak hilang malu, loba dapat kebiasaan. | Perolehan yang tidak mencukupi menyebabkan berbuat kerja-kerja yang terhina. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Usang dibarui, lapuk dikajangi. | Kebiasaan lama yang baik sudah dilupai orang dihidupkan kembali, mana-mana yang kurang baik diperbaiki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hilang adat tegal muafakat. | Adat kebiasaan boleh diubah asalkan ada persetujuan orang banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jadi air mandi. | Sudah jadi kebiasaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat yang kawi, syarak yang lazim. | Adat kebiasaan merupakan undang-undang yang berlaku dalam pergaulan dan hukum-hukum agama merupakan undang-undang negeri yang berjalan seiring. (Bandingkan dengan: Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah). kawi = kuat, sakti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Makanan enggang hendak dimakan oleh pipit. | Hendak menyama-nyamai kebiasaan orang yang mulia atau kaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kecil teranja-anja, besar terbawa-bawa, sudah tua terubah tidak. | Kebiasaan sejak kecil, menjadi tabiat yang sukar diubah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menumbuk di periuk, bertanak di lesung. | Melakukan sesuatu yang menyalahi kebiasaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Habis miang kerana bergeser. | Sesuatu kesukaran akan hilang apabila sudah menjadi kebiasaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Habis geli oleh geletek, habis rasa [= bisa] oleh biasa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan menumbuk di periuk, bertanak di lesung. | Jangan berbuat sesuatu pekerjaan yang menyalahi kebiasaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |