Bangkai gajah busuk di hutan hendak ditanam, pekung di kaki sendiri dibiarkan meroyak. | Keburukan orang hendak ditutup, keburukan sendiri dibiarkan terdedah. pekung = tokak; meroyak = merambat ke kiri ke kanan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harum menghilangkan bau. | Keburukan telah dilindungi oleh kebaikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengembangkan ketiak amis. | Menceritakan keburukan diri sendiri atau kaum keluarganya kepada orang lain. (Bandingkan dengan: Mencencang lauk tengah halat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Campak baju nampak kurap. | Mendedahkan keburukan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hitam bagai buntut (= pantat) belanga. | Perihal keburukan sifat seseorang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ibarat kutu, boleh diselisik. | Kesalahan atau keburukan tidak dapat disembunyikan. selisik = diraba-raba dengan jari di dalam rambut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buruk dikembang pada orang, elok dipilih sama seorang. | Keburukan, kerugian atau kesusahan hendak ditanggung bersama-sama, tetapi kelabaan atau keuntungan dimakan seorang diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |