Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ké.cé/] | کيچيق

Definisi : (kécék) 1. Mn, Kl cakap, celoteh, borak: seorang yg cetek ilmu pengetahuannya lebih omong atau ~nya; ~ anak-anak celoteh anak-anak (budak-budak); banyak ~ banyak cakap, banyak mulut, (cerewet); beralih ~ beralih percakapan (kpd hal yg lain); habis ~ habis cakap (sudah selesai); 2. Kl, Tr tipu, kecoh; ~ anak Melaka prb gayanya spt orang yg berada padahal serba kekurangan (cakap tinggi tetapi tidak berisi); ~ bagai bunyi merendang kacang prb percakapan yg tidak keruan; ~ bagai ketiak ular prb percakapan yg tidak berkeputusan (berpanjang-panjangan); ~ berlauk-lauk, makan dgn sambal lada prb, Mn selalu menyombongkan kepandaiannya (kekayaannya dll) padahal bodoh (miskin dll); berkecek-kecek bercakap-cakap, berce­loteh, berbual-bual, berborak; mengecek 1. bercakap-cakap, berbual-bual, berborak-borak; 2. memujuk utk meminta (menyuruh berbuat) sesuatu: ibu bapanya hari-hari mendongeng, ~ dan memujuk dia supaya berkahwin; 3. menipu atau memperdaya (dgn kata-kata); sudah dikecek dikecong pula prb dua kali tertipu (terpedaya); mengecekkan 1. mempercakapkan, mem­perkatakan (hal orang lain); 2. memegahkan (kepandaiannya, kekayaannya dll); pengecek 1. orang yg suka mempercakap­kan hal orang lain; 2. (orang yg) pandai me­mujuk atau meminta-minta sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ké.cé/] | کيچيق

Definisi : (kécék); main ~ sj permainan (dgn memutar duit syiling dan menutupnya dgn telapak tangan), main lerap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ké.cé/] | کيچيق

Definisi : /kécék/ percakapan yg tidak keruan; celoteh: ~ anak-anak celoteh anak-anak; banyak ~ suka berceloteh; banyak mulut. mengecek 1 bercakap-cakap; berbual-bual: Orang dewasa pun ada yg suka ~ spt anak-anak. 2 menuturkan kata-kata yg manis utk memujuk (memperdaya dll): Setiap hari, ibunya ~ dia supaya berkahwin. pengecek 1 orang yg suka bercakap-cakap (menceritakan hal orang dsb). 2 orang yg pandai memujuk atau pandai memperdaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecek

Peribahasa

Kecek bagai bunyi merendang kacang.

Bermaksud :

Percakapan yang berleler, sehingga susah untuk difahami maksudnya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kecek bagai ketiak ular.Cakap yang tak berkeputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti ketiak ular).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kecek bagai bunyi merendang kacang.Percakapan yang berleler, sehingga susah untuk difahami maksudnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kecek anak Melaka.Cakap tinggi tetapi tidak berisi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kecek ular.Menceritakan berlebih-lebihan daripada keadaan yang sebenarnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti ketiak ular.Cakap yang tak berkeputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecek bagai ketiak ular).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kersik di pulau.Cakap yang tak berkeputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecek bagai ketiak ular).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas