Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ce.la.ka.an] | کچلاکاءن

Definisi : bencana, kemalangan, kesusah­an, malapetaka: hidupnya terdesak dan mengalami ~ selalu; polis tidak ada di tempat ~ itu; perempuan itu mati kerana ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ce.la.ka.an] | کچلاکاءن

Definisi : 1 bencana; kemalangan; celaka: Beliau telah mendapat ~ semasa merantau dahulu. 2 tertimpa atau ditimpa celaka: Jiran saya ~ baru-baru ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.ce.la.ka.an] | کچلاکاءن

Definisi : sesuatu yg mendatangkan kesusahan atau kesengsaraan; bencana; kemalang­an. 3 kata makian yg bermaksud bedebah atau jahanam: Si ~, pergi engkau dr sini! (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecelakaan

Peribahasa

Malang tak berbau.

Bermaksud :

Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tua-tua penyakit, muda ubat; sesudah tersepit baru tahu akan sifat.Sesudah menderita kecelakaan, baru berikhtiar atau berunding hendak melepaskan diri daripada kecelakaan itu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sudah kalah baru berkubu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Malang tak berbau.Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebab mulut leher terjerat.Kecelakaan yang timbul kerana percakapan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Beranak tiada berbidan.Mendapat kesusahan (kecelakaan dan sebagainya) kerana salahnya sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah mati kerana gadingnya.Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harimau mati kerana belangnya, b. Kasturi mati kerana baunya, c. Mati kuang kerana bunyi, d. Mati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi, e. Mati rusa kerana tanduknya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harimau mati kerana belangnya.Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah mati dicatuk katak, b. Kasturi mati kerana baunya, c. Mati kuang kerana bunyi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kasturi mati kerana baunya.Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah mati kerana gadingnya, b. Harimau mati kerana belangnya, c. Mati kuang kerana bunyi, d. Mati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi, e. Mati rusa kerana tanduknya). kasturi = tikus kecil yang harum baunya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kerana mulut kepala terpenggal.Mendapat kecelakaan kerana perkataannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerana mulut badan binasa).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kerana mulut badan binasa.Mendapat kecelakaan kerana perkataannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sedikit hujan banyak yang basah.Kecelakaan kecil membawa akibat yang besar; pengetahuan sedikit tetapi cakap besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas