| Menggigit jari (= telunjuk). | Kecewa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti anjing kedahuluan. | Kecewa dan takut. kedahuluan = didului oleh harimau waktu mengejar perburuan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menjilat keluan bagai kerbau. | Kecewa kerana maksudnya tidak tercapai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti tikus masuk roman. | Kecewa kerana tidak tercapai maksudnya. roman = sekam padi, bekas tangkai-tangkai padi kering. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Terpegang di abu hangat. | Kecewa dalam suatu cita-cita atau pekerjaan; mencampuri sesuatu yang menyusahkan saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tarik muka dua belas. | Kecewa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Biar, biar naik ke mata. | Kecewa. biar = cacing kecil dalam perut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menengadah (= menentang) matahari. | Melawan orang berkuasa (pandai dan sebagainya), akhirnya akan kecewa dan menyesal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tersabung akan induk ayam (= akan itik). | Tidak tepat dengan dugaan semula; kecewa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kali sebentuk, umpannya seekor, sekali putus sehari berhanyut. | Berbuat sesuatu tidak dengan memikirkan bekalan, modal dan sebagainya sehingga akhirnya mendapat kesusahan dan kecewa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |