Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ké.coh] | کيچوه

Definisi : (kécoh) tipu (spt curang dlm mengukur atau menimbang barang, menipu tentang mutu barang dll): dlm perdagangan, banyak ~; mengecoh menipu (dgn kecurangan-kecurangan), memperdayakan: saudagar-saudagar selalu hendak ~ mereka; terkecoh tertipu, terperdaya; pengecohan penipuan: ~ berlaku dr segi timbang dan harga pasaran yg ditetapkan lebih rendah drpd yg sepatutnya; pengecoh penipu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ké.coh] | کيچوه

Definisi : (kécoh) heboh, bising, riuh: ke-dengaran sesuatu yg ~, terdengar suara yg keras dan garang; mengecoh, mengecohkan 1. membuat he­boh (bising dll), meriuhkan; 2. mengacaukan, merumitkan: semua itu benar-benar mengecohkan fikirannya; kekecohan perihal kecoh (heboh, bising), keriuhan: Nahidah tidak mahu ~ berlaku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ké.coh] | کيچوه

Definisi : /kécoh/ perbuatan curang; tipu (ketika menyukat atau menimbang sesuatu): kena ~ kena tipu; tertipu. mengecoh berlaku curang kpd; menipu: Pekedai-pekedai selalu ~nya. pengecohan perbuatan mengecoh; penipuan. pengecoh orang yg menipu (dlm perniagaan dll); penipu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ké.coh] | کيچوه

Definisi : /kécoh/ riuh-rendah; heboh; bising. mengecoh membuat bising (riuh); membising. mengecohkan menjadikan bising (riuh); meriuhkan: Jerit pekik mereka ~ suasana. kekecohan keadaan atau suasana kecoh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecoh

Peribahasa

Samun sakal berdarah tangan.

Bermaksud :

Sesuatu perkara yang akan diperiksa hendaklah ada buktinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kicang-kecoh ciak). samun sakal = merampas dan menganiaya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kicang-kecoh ciak.Sesuatu perkara yang akan diperiksa hendaklah ada buktinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Samun sakal berdarah tangan). kicang-kecoh = tipu daya; ciak = dakwa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Samun sakal berdarah tangan.Sesuatu perkara yang akan diperiksa hendaklah ada buktinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kicang-kecoh ciak). samun sakal = merampas dan menganiaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas