Gelang tidak laga sebentuk, laga keduanya. | Cinta kasih mestilah datang daripada kedua-dua belah pihak. Bandingkan dengan: Bagai bertepuk sebelah tangan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tegang dinanti kendur, keras dinanti lunak. | Menyelesaikan sesuatu perselisihan, hendaklah dinantikan waktu kedua-dua belah pihak sudah reda kemarahannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kundur tidak melata pergi, labu tidak melata mari. | Persetujuan atau persahabatan harus datang daripada kedua-dua belah pihak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tali jangan putus, kaitan jangan serkah. | Menyelesaikan sesuatu perkara (sengketa) hendaklah dengan seadil-adilnya, sehingga kedua-dua belah pihak berpuas hati. (Bandingkan dengan: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harapkan si untut menggamit, kain koyak diupahkan. | Percaya kepada orang yang sangat malas. untut = orang yang sembab kedua-dua kakinya kerana sakit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah. | Menyelesaikan sesuatu perkara (= menghukum, memperdamaikan) hendaklah dengan adil, sehingga kedua-dua belah pihak merasa puas hati. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menarik rambut di dalam tepung, b. Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak). (Bandingkan dengan: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai belacan dikerat dua: yang pergi busuk, yang tinggal hanyir. | Perkara yang mendatangkan aib kepada kedua-dua belah pihak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti pedang bermata dua. | Menarik keuntungan daripada kedua belah pihak. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti parang [= pisau] mata dua). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti parang (= pisau) mata dua. | Menarik keuntungan daripada kedua belah pihak. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti pedang bermata dua). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu, tiga kali jalan jera. | Sekali terkena tipu, kedua kali sudah tahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali bekas kena, dua kali bekas tahu, tiga kali baru jera). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |