Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : dua-dua(nya): kedua-dua­nya tergelak kecil, lalu meneruskan per­jalanannya; kemudian kedua-duanya pun tidur berkaparan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keduanya

Puisi
 

Baju Pak Tua kusut lengan,
     Ageh bersiar keduanya;
Bertemu jalan dengan tunangan,
     Gelak melengah keduanya.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti telur dua sebandung,
     pecah satu pecah keduanya.

Bermaksud :

Bersatu hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Telur sesangkak, pecah satu pecah semua). sebandung = serangkai.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Gelang tidak laga sebentuk, laga keduanya.Cinta kasih mestilah datang daripada kedua-dua belah pihak. Bandingkan dengan: Bagai bertepuk sebelah tangan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti telur dua sebandung, pecah satu pecah keduanya.Bersatu hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Telur sesangkak, pecah satu pecah semua). sebandung = serangkai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harapkan anak, buta mata sebelah; harapkan teman, buta keduanya.Dalam membuat sesuatu pekerjaan, janganlah diharapkan kepada orang lain; walaupun kepada anak sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Percaya pada anak, buta mata sebelah; percaya pada orang lain buta mata keduanya.Tiap-tiap suatu pekerjaan itu janganlah sangat diharapkan kepada orang lain mengerjakannya, kita sendiri jugalah yang mesti memeriksanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Telur sesangkak, pecah satu pecah semua.Bersatu hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti telur dua sebandung, pecah satu pecah keduanya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas