Mengebat tidak erat, memancung tidak putus. | Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertanjak baru bertinjau. | Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berjanjang naik, bertangga turun, b. Bertangga naik, berjanjang turun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertangga naik, berjanjang turun. | Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjanjang naik, bertangga turun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berjanjang naik, bertangga turun. | Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Naik dari janjang, turun dari tangga, b. Naik di janjang di tangga, c. Naik tak bertangga, turun tak berpintu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Banyak air sedikit minyak, minyak juga di atas. | Kedudukan yang tidak sama antara orang biasa dengan orang yang berpangkat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dikati sama berat, diuji sama merah. | Pangkat atau kedudukan yang sama. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul. | Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengebat tidak erat, memancung tidak putus, b. Seperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah ia). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Naik tangga dari bawah. | Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjanjang naik, bertangga turun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah dia. | Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap, sewaktu-waktu dapat dipecat dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Limau masak sebelah, perahu karam sekerat. | Hukuman yang berat sebelah kerana memandang orang, kedudukan dan sebagainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |