Besar diambak, tinggi dianjung. | Orang besar atau mulia kedudukannya kerana dibesarkan dan dimuliakan oleh pengikut-pengikutnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Subur kerana dipupuk, besar kerana diambak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tinggi dianjung, besar dilambuk. | Orang besar atau mulia kedudukannya kerana dibesarkan dan dimuliakan oleh pengikut-pengikutnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar diambak, tinggi dianjung). dilambuk = digembur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Subur kerana dipupuk, besar kerana diambak. | Orang besar atau mulia kedudukannya kerana dibesarkan dan dimuliakan oleh pengikut-pengikutnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar diambak, tinggi dianjung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ibarat negeri berubah rasam; ibarat tahun berubah musim. | Orang yang tidak tetap kedudukannya. rasam = adat, kebiasaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lebai berjanggut kambing pun berjanggut juga. | Pakaian dan rupanya boleh jadi sama tetapi kedudukannya lain-lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Batang jangan dibongkar-bongkar, takutkan cacing di bawahnya berlingkar; lain rotan lain akar, walaupun sama boleh dibuat lekar. | Nasib tiap-tiap orang serupa saja, Cuma derajat (darjat) dan kedudukannya saja yang berlainan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |