Seperti kucing keguguran anak. | Berkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti kodok ditimpa kemarau, b. Seperti kucing biang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berbunga sama berbunga: yang lain berbuah, dia tidak. | Mengandung tetapi selalu keguguran. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bermayang-mayang menjadi mumbang. | Selalu mengandung tetapi tidak pernah mendapat anak kerana keguguran atau anaknya itu mati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terkejar-kejar bagai kucing jatuh anak. | Tergopoh-gopoh dengan tidak keruan. (Bandingkan dengan: Seperti kucing keguguran anak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kodok ditimpa kemarau. | Berkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti kucing biang, b. Seperti kucing keguguran anak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |