Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.hen.da/] | کهندق

Definisi : = ~ hati hajat, keinginan, ke­mahu­an yg keras: tanyakan kepadanya apa ~nya datang itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hendak (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mahu: ingin, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan,

2. Bersinonim dengan untuk: bagi

Kata Terbitan : menghendaki, kehendak, sekehendak hati, berkehendak,

Puisi
 

Kalau ada nenek tua,
     Kayu bongkok mati dijulang;
Kalau kehendak kita berdua,
     Karam perahu sama direnang.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Bertitah lalu,
     sembah berlaku.

Bermaksud :

Jika kehendak orang kita turut, tak dapat tidak kehendak kita pun akan diturut juga.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kehendak kucinglah bertemu dengan panggan.Orang yang bertemu dengan barang yang digemarinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertitah lalu, sembah berlaku.Jika kehendak orang kita turut, tak dapat tidak kehendak kita pun akan diturut juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Titah lalu, sembah berlaku.Jika kehendak orang kita turut, tak dapat tidak kehendak kita pun akan diturut juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Bertitah lalu, sembah berlaku).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Corak kain mengikut kehendak penenunnya.Undang-undang sesebuah negeri itu menurut keadaan pemerintahnya; pengetahuan murid menurut ajaran gurunya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bubu duduk, jiwaku hilang.Melawan kehendak orang yang lebih berkuasa daripadanya. bubu = lukah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada terempang peluru oleh lalang.Kehendak orang yang berkuasa tidak tertahankan oleh orang yang lemah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tohok raja tiada dapat dielak(kan).Kehendak orang yang berkuasa sukar menolaknya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bersultan di mata, beraja di hati.Menuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Beraja di mata, bersultan di hati, c. Nafsu-nafsi, raja di mata sultan di hati).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Beraja di mata, bersultan di hati.Menurut kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Nafsu-nafsi, raja di mata sultan di hati).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Beraja di hati, bersultan di mata.Menuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersultan di mata, beraja di hati, b. Nafsu-nafsi, raja di mata sultan di hati).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas