Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.hi.du.pan] | کهيدوڤن

Definisi : perihal hidup: sejak kampung itu diganggu oleh komunis ~ penduduknya semakin sempit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.hi.du.pan] | کهيدوڤن

Definisi : keadaan atau hal hidup: ~nya sangatlah susah kerana tidak cukup belanja hendak menanggung seorang isteri dan empat orang anak yg masih kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kehidupan

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Seperti beting dipalu ombak.

Bermaksud :

Kehidupan yang tidak tenteram, senantiasa diganggu orang. beting = gosong panjang di muara sungai.

 

Lihat selanjutnya...(9)

556

There's no accounting for tastes

Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh.

Kepala sama hitam hati lain-lain.

I don’’t understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, there’’s no accounting for tastes.

Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan epala sama hitam hati lain-lain.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(22)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Berkayuh sampan bocor.Kehidupan yang sangat melarat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti beting dipalu ombak.Kehidupan yang tidak tenteram, senantiasa diganggu orang. beting = gosong panjang di muara sungai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berpusing-pusing seperti baling-baling.Kehidupan yang tiada tetap.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Teranggit-anggit seperti rumput di pintu.Kehidupan yang miskin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Silih berganti bagai ombak di tepi pantai.Kehidupan yang tiada tetap.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tolak tangga berayun kaki, peluk tubuh mengajar diri.Membuang kehidupan yang sudah senang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terhengit-hengit bagai rumput di tengah jalan, mati segan hidup tak mahu.Kehidupan yang melarat dan miskin; telah lama sakit. terhengit-hengit = merana.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau tiada padi sebarang kerja tak jadi.Kalau tidak ada pencarian yang tetap, maka kehidupan menjadi susah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lutung (lotong) kekah kumput jarinya; kembung sengal kentut jadinya.Kesudahan bagi orang yang mencari kehidupan itu ialah kesenangan. kumput = rompang, kudung; kekah = kerkah, menggigit, memakan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas