Di bawah lantai nan tiris. | Seseorang yang mendapat kehinaan, merasa dirinya rendah sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Di bawah lancung nan tiris). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di bawah lancung nan tiris. | Seseorang yang mendapat kehinaan, merasa dirinya rendah sekali. di bawah lancung = di bawah barang yang palsu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan bijak terpijak, biarlah bodoh bersuluh. | Orang yang menyangka dirinya bijak selalu mendapat kehinaan; tetapi orang bodoh yang suka bertanya selalu beroleh kejayaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biarlah mati di mata pedang, janganlah mati kena tendang. | Biarlah binasa kerana mempertahankan kehormatan daripada binasa dalam kehinaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Langit berkelikir, bumi bertemberang; salah-salah fikir menjadi hamba orang. | Fikiran yang menurut hawa nafsu akhirnya membawa kepada kehinaan. berkelikir = bergelang-gelang rotan; temberang = tali temali di perahu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |