Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ja.dian] | کجادين

Definisi : 1. perkara yg berlaku, peristiwa: polis telah menyiasat ~ itu; 2. perihal ter­jadinya atau dijadikan, kelahiran: ~ langit dan bumi; ilmu ~ pengetahuan utk mengenal tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan; 3. Id (sudah) berlaku, terjadi: hal itu boleh ~ pd setiap orang; hal-hal yg ~ di merata tempat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ja.dian] | کجادين

Definisi : 1 perkara yg berlaku; peristiwa: ~ itu sangat mengerikan. 2 keadaan menjadi; perihal jadi atau dijadikan: ~ manusia; ilmu ~ pengetahuan utk mengenal tumbuh-tumbuhan atau hidup-hidupan. 3 sudah berlaku; terjadi: Perkara rasuah ~ di mana-mana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jadi (kata kerja)
Bersinonim dengan berhasil, berjaya;,
Kata Terbitan : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian,

Peribahasa

Dinding teretas,
     tangga terpasang.

Bermaksud :

Kejadian yang sudah cukup buktinya. retas = toreh dengan senjata tajam.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bukannya diretak panas.Sesuatu kejadian itu berlaku kerana terlalu banyak diperkatakan orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dinding teretas, tangga terpasang.Kejadian yang sudah cukup buktinya. retas = toreh dengan senjata tajam.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pecah bunyi (= tepi), buruk berita.Kejadian yang tak baik, kemudian menjadi besar kerana diceritakan orang ke sana ke mari. pecah tepi = pecah sedikit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai denai gajah lalu.Pekerjaan atau kejadian yang payah benar hendak disembunyikan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti ditempuh gajah lalu.Pekerjaan atau kejadian yang tak dapat disembunyikan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada kerak, ada nasi.Tiap-tiap suatu kejadian itu tentu ada bekasnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pasang pelita dilanggar tikus.Kegembiraan hilang oleh kerana satu kejadian yang kecil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sama naik bak gelombang, sama turun bak kapecong.Dua kejadian yang sama keadaannya. kapecong = buah pucung, kepayang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat.Tiap-tiap kejadian buruk dapat diselesaikan bila kedua belah pihak bersedia untuk berunding atau bermesyuarat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai dirahap kain basah.Dingin sejuk sekujur badan kerana mendengar khabar atau melihat kejadian yang sedih dan ngeri. rahap = bungkus.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas