| Tanam lalang tak akan tumbuh padi. | Kejahatan yang diperbuat, kejahatan pula balasnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ukur baju di badan sendiri. | Kejahatan diri sendiri janganlah diukur dengan kejahatan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Biasa di sayak dibawa ke dulang, biasa kepada awak dibawa kepada orang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Biasa di sayak dibawa ke dulang, biasa kepada awak dibawa kepada orang. | Kejahatan diri sendiri janganlah diukur dengan kejahatan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Ukur baju di badan sendiri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seorang mencubit seorang menampar, yang menampar jugalah disalahkan. | Orang yang cerdik membuat kejahatan di dalam diam, tiada yang tahu; si bodoh melakukan kejahatan di dalam terang, terus disalahkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Gajah harimau di hutan hendak diburu, pijat-pijat di bantal tak dapat dihapuskan. | Kejahatan orang besar dan orang yang lebih kuat daripada kita hendak dibasmi, kejahatan anak buah sendiri di rumah tiada dapat di atasi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Gunung juga yang dilejang panas. | Biasanya orang yang sudah kaya juga yang mendapat untung atau bertambah kekayaannya; orang yang telah biasa berbuat kejahatan, tentu dituduh bila terjadi kejahatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hilang ikan dalam kerabu. | Kejahatan akan hilang jahatnya apabila tiap-tiap orang ikut mengerjakannya. kerabu = sejenis makanan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ayam terlepas, tangan tercirit. | Kejahatan yang tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata. (Peribahasa lain yang sama makna: Ayam terlepas, tangan bau tahi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai gulai lengkitang. | Hendak menghilangkan kejahatan dirinya, tetapi kebaikan yang ada padanya pun lenyap pula. lengkitang = siput. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti parang timah. | Suka membuat kejahatan kepada orang, tetapi diri sendiri juga yang binasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |