Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ja.ya.an] | کجاياءن

Definisi : perihal berjaya, kemenangan, hasil: apabila sudah mendapat ~ dlm pe­lajaran barulah hal rumah tangga di­rancangkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ja.ya.an] | کجاياءن

Definisi : hal berjaya; kemenangan; kemajuan: Adnan telah mencapai ~ yg gilang-gemilang dlm peperiksaan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jaya
Kata Terbitan : berjaya, menjayakan, kejayaan,

Peribahasa

Naik seperti semut,
     turun seperti ribut.

Bermaksud :

Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Naik melompat, turun terjun, b. Naik membilang anak tangga, turun selangkah jejaklah ke bumi).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Naik melompat, turun terjun.Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Naik seperti semut, turun seperti ribut.Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Naik melompat, turun terjun, b. Naik membilang anak tangga, turun selangkah jejaklah ke bumi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Naik membilang anak tangga turun selangkah jejaklah ke bumi.Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Naik melompat, turun terjun).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan bijak terpijak, biarlah bodoh bersuluh.Orang yang menyangka dirinya bijak selalu mendapat kehinaan; tetapi orang bodoh yang suka bertanya selalu beroleh kejayaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas