| Kerana cenderawasih, merak mas (emas) dilepaskan. | Sesudah mendapat kekasih baru, kekasih lama dilepaskan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti bulan dimakan rahu. | Memeluk kekasih dengan asyik sekali. rahu = ular naga yang dipercayai menyebabkan gerhana bulan (matahari). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti kemi lekat di ikan. | Pasangan kekasih (suami isteri) yang tak dapat dipisahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti gemi berjodoh dengan ikan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Keli dua selubang. | Seorang perempuan yang mempunyai kekasih dua orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai ular dengan legundi (= lenggundi). | Sangat terpikat kepada kekasih. legundi = sejenis tumbuhan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sepuluh bintang, bertabur, bolehkah sama dengan bulan yang satu. | Seorang kekasih tak dapat diganti dengan orang lain, walau berapa banyak sekalipun. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sayangkan kain, buangkan baju; sayangkan lain, buangkan aku. | Isteri yang mencari kekasih lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Karam di laut boleh ditimba, karam di hati bilakan sudah. | Kesedihan kerana kematian kekasih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sayang buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang. | Keadaan yang serba salah dalam menghadapi kekasih atau isteri yang curang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Angus (hangus) tiada berapi, karam tiada berair. | Menderita kesusahan kerana kematian atau kehilangan kekasih. (Peribahasa lain yang sama makna: Hanya tiada berapi, sejuk tiada berair). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |