Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ka.ya.an] | ککاياءن

Definisi : 1. perihal kaya: apabila tuan hamba dlm ~ dan kebesaran tuan hamba, kami sentosalah dgn kesukaan kami; perhiasan-perhiasan itu dipakai mungkin utk menunjuk-nunjukkan ~; 2. segala harta benda (wang dll) yg dipunyai oleh seseorang atau sesuatu pihak: harta ~nya akan diwariskannya kpd isterinya; mereka berhak mempunyai ~nya sendiri; 3. kekuasaan, kebesaran: ~ Allah SWT; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ka.ya.an] | ککاياءن

Definisi : 1 perihal (keadaan) kaya: Berita ~ Melaka sampai ke sana. 2 kekuasaan; kebesaran: keadilan dan ~ Tuhan. 3 segala harta benda (wang dll) yg dipunyai oleh seseorang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Tidak kekal bunga dikarang.

Bermaksud :

Kekayaan (kemuliaan, persahabatan) sewaktu-waktu akan hilang.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Menggungkan gung pesuk.Membanggakan kekayaan yang telah lalu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak kekal bunga dikarang.Kekayaan (kemuliaan, persahabatan) sewaktu-waktu akan hilang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Untung ada tuah tiada.Ada kekayaan, tetapi tidak bahagia hidupnya; murah rezekinya tetapi selalu habis saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mencencangkan lading patah.Membanggakan kebesaran dan kekayaan yang telah hilang, membanggakan sesuatu yang tak ada harganya sama sekali.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mencencangkan sesuatu lading yang hilang.Membanggakan kebesaran dan kekayaan yang telah hilang, membanggakan sesuatu yang tak ada harganya sama sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Mencencangkan lading patah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Buta baru celik (= melihat).Angkuh dan sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bungkuk [bongkok] baru betul).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bungkuk (bongkok) baru betul.Angkuh dan sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat. (Peribahasa lain yang sama makna: Buta baru celik [= melihat]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menjungkit-jungkit bagai bilah lantai.Orang yang mengada-ada kerana kekayaan atau kebesaran yang baru diperolehnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti gadis jolong bersubang, bujang jolong berkeris.Sangat sombong kerana kekayaan (kemuliaan) yang baru diperolehnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar miskin asal cerdik, terlawan juga orang kaya.Kepintaran itu melebihi kekayaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas