| Harimau menunjukkan belangnya. | Orang yang memperlihatkan kekuasaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Harimau memperlihatkan kukunya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Harimau memperlihatkan kukunya. | Orang yang memperlihatkan kekuasaannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti gajah rompong belalai. | Raja yang kehilangan kekuasaannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kerbau bertanduk, rotan beronak. | Orang besar-besar kuat kerana kekuasaannya dan rakyat kuat kerana persatuannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Adat gajah terdorong. | Orang yang berkuasa kerap kali menyalahgunakan kekuasaannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Harimau ditakuti sebab giginya. | Orang besar-besar itu ditakuti kerana kekuasaannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sayap singkat, terbang hendak jauh (= tinggi). | Hendak membuat sesuatu pekerjaan yang melebihi kekuasaannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kuat gajah terdorong, kuat harimau terlompat-lompat. | Orang besar-besar yang membuat kesalahan kerana kekuasaannya. (Bandingkan dengan: Gajah mati kerana gadingnya). (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah terdorong kerana gadingnya, harimau terlompat kerana belangnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Gagak lalu punggur rebah. | Orang besar yang berlaku kurang adil kepada orang kecil, kerana mahu memperlihatkan kekuasaannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jangan bersandar di punggur. | Tidak ada faedahnya mencari perlindungan pada orang yang sudah tidak ada lagi kekuasaannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |