Di laut angkatan, di darat kerapatan. | Kekuatan di laut bergantung kepada angkatan perang, kekuatan di darat bergantung kepada persatuan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanah. | Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kuat lilit kerana simpulnya. | Kekuatan persatuan terletak pada anggota-anggotanya yang bersatu padu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berkeras tidak berkeris. | Bertindak keras tetapi tidak mempunyai kekuatan untuk mempertahankan dirinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebesar-besar gajah di rimba, dapat juga ke tangan manusia. | Muslihat dapat mengalahkan kekuatan, kekayaan atau kemuliaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pengayuh sama di tangan, perahu sama di air. | Tak usah takut-takut, kerana sama-sama mempunyai kekuatan dan alat syaratnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Habis beralur maka beralu-alu. | Mula-mula berunding dengan baik, tetapi kalau tidak dapat juga mencapai persetujuan barulah kekuatan tenaga diadu. beralur = berunding. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |