| Keladi muda, muda buahnya; menurut hati muda, berkelahi sudahnya. | Orang muda sangat mudah panas darahnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Daun keladi dimandikan. | Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air di daun keladi [= talas], b. Bagai air titik ke batu, c. Kalis bagai air di daun keladi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Buang daun keladi, berselimut daun birah. | Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tua-tua keladi, makin tua makin jadi. | Makin tua makin banyak pengalaman; orang tua yang kemuda-mudaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai air daun talas (= keladi). | Tidak tetap pendirian; selalu berubah-ubah. (Bandingkan dengan: Air di daun keladi [= talas]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalis bagai air di daun keladi. | Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Air di daun keladi [= talas], b. Bagai air titik ke batu). kalis = tidak berbekas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Air di daun keladi (= talas). | Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai air titik ke batu, b. Kalis bagai air di daun keladi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bertemu birah dengan keladi. | Bertemu lelaki dan perempuan yang sama jahatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti birah dengan keladi. | Tidak ada bezanya; hampir sama saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mencurah air di daun keladi. | Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |