Kalau tak pandai menggelamai, bercirit kambinglah kelak, dikunyah patah gigi, ditelan sembelit. | Sesuatu pekerjaan kalau dikerjakan oleh orang yang tidak tahu, nescaya akan rosaklah pekerjaan itu. (Bandingkan dengan: Tidak mudah menggelamai, kurang haru cirit kambingan, terlampau haru berlantingan). gelamai = dodol, kuih; cirit = biji-biji kecil dan keras yang terjadi kerana kurang jaga waktu mengacau dodol itu; cirit kambing = tahi kambing. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan sangat pemilih, takut terkena buku buluh (kelak). | Kerjakanlah sesuatu pekerjaan itu dengan tekun dan sabar tanpa dolak-dalik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menggedangkan anak harimau. | Memelihara musuh yang kelak akan merugikan kita sendiri. gedang (gadang) = besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika memelihara ayam, musang jangan dijinakkan; setidak-tidaknya bertempiaran kelak. | Jika ada anak isteri terutama sekali anak gadis, janganlah dibiarkan orang lelaki yang jahat datang bertamu ke rumah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Deras datang dalam kena. | Pekerjaan yang terburu-buru itu kelak akan mendatangkan kerugian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertungkus-lumus biarlah di dapur, sifatkan seperti telunjuk dengan kapur; arang jangan dibuat pupur, banyaklah ayam kelak datang melumpur. | Perselisihan sama sendiri janganlah dibawa ke tengah, carilah jalan untuk menyelesaikannya dengan baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Angin tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam. | Berita-berita yang buruk tak dapat disembunyikan, kelak akan tersiar juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian. | Supaya mendapat kesenangan kelak, harus berani bersusah payah dahulu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika sengaja hendak bercekak pinggang, tinggallah rebana beralih ke gelanggang; tak tahu pipit tak tahu enggang, yang rapat kelak menjadi renggang. | Kalau sengaja mencari perselisihan maka hancurlah kerukunan hidup yang aman dan damai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cuba-cuba menanam mumbang, jika tumbuhan sunting (= suri, turus) negeri. | Kerjakan terus walaupun kurang berharga, barangkali ada juga hasilnya kelak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |